Khas untuk yang tinggal dalam hostel @ asrama @ beramai-ramai share satu rumah. Yang penting bukan kau sorang ja.
1. Kalau orang sebelah berak, dan kebetulan orang sebelah tu kau kenal, janganlah bawa dia bercerita...... Orang sibuk meneran tu.....
2. Janganlah tinggalkan sisa makanan anda yang telah diproses tu di dalam mangkuk tandas, di lantai, dinding atau sinki. Bersihkan sepenuhnya sehingga hilang bau, warna dan rasa.
3. Jangan sibuk bercerita depan pintu tandas kalau nampak ada orang tengah kelam kabut menahan terkeluarnya sisa-sisa toksik dari pintu belakangnya.
4. Jangan bergayut dengan pakwe/makwe sambil berak. Terutamanya tengah-tengah malam. Orang lain yang takut terdengar suara perempuan mengilai tiba-tiba.. Dahla tandas tu boleh amplify suara empat kali ganda. .
5. Jangan curi tempat orang. Kalau orang dah save tempat tu, jangan alihkan barang-barang mandi dia pastu kau yang mandi. Come on lah... Not cool dude! Lain lah kalau dah berjam-jam kau tunggu. Boleh di maafkan..
6. Jangan makan dalam tandas. Bukan sebab aku tak suka, tapi memang tak bagus. Tempat tidur dan makan syaitan, sana jugak lah kau makan tiba-tiba... At least tunggu lah dia invite, pelawa makan sama-sama..
7. Jangan mandi terlalu lama. Kalau setakat 30minit - 1jam ok lagi kot. Ni macam kau tidur terus di tempat mandi tu... Sila lah bawa bantal dan selimut lain kali baru lah kami tau kau akan lama dalam tu..
8. Uhm... tu ja. Yang lain fikir lah sendiri. Kalau di rumah sendiri dan kau tinggal satu orang ja, buat lah sesuka hati. Kau mau buat parti dalam tandas pun boleh. Jangan invite aku sudah.
Thanks for reading. :)
1 comment:
zen... ko stress study ka ? =,= ....
Post a Comment