Dulu.
Selalu main bubut-bubut ngan kawan-kawan, sepupu-papat, adik-beradik dan pakcik makcik sebagai langkah mengeratkan silaturrahim.
Sekarang.
Untuk mengeratkan silaturrahim, kami bercerita. Itupun kalau ada benda nak diceritakan. Kalau takda, orang kata kita sombong.
Dulu.
Kalau pegi majlis kahwin orang, amik makanan sikit-sikit orang akan senyum dan anggap kita kiut. Makcik berdekatan akan suruh kita amik lebih.
Sekarang.
Kalau pegi majlis kahwin orang, amik makanan banyak-banyak orang akan pandang kita macam pelik. Makcik berdekatan akan suruh kita kurangkan makan.
Dulu.
Main bubut-bubut orang akan cakap "Biasalah, budak!".
Sekarang.
Main bubut-bubut sekarang orang akan cakap "Tua-tua tak sedar diri."
Dulu.
Kalau bergaduh ngan satu sama lain, selepas main bubut-bubut balik, semua dendam dan marah hilang begitu sahaja.
Sekarang.
Kalau bergaduh satu sama lain, sampai bertahun-tahun tak bersua muka.
Dulu.
Makan aiskrim dengan gelojohnya orang akan kata kita kiut.
Sekarang.
Makan aiskrim dengan gelojohnya orang akan kata kita tak matang......dan kiut. *wink wink*
Dulu.
Bergaduh ngan abang tak berani lawan balik.
Sekarang.
Bergaduh ngan abang berani lawan balik....tapi dalam diam....dan tanpa diketahui. HAHA!
Dulu.
Ingatkan kalau pegang tangan lelaki, perempuan akan mengandung.
Sekarang.
Well we all know the truth aite? No need to explain here. Moving on.
Dulu.
Ingat kalau kurus dan cantik macam Lizzie McGuire (Don't tell me U guys don't know her?) orang akan anggap kita kool dan dalam sekelip mata hidup macam jadi best.
Sekarang.
Kalau tambah kurus lagi orang akan ingat aku ada Eating Disorder.
Dulu.
Bergaduh ngan adik sampai cekik-mencekik.
Sekarang.
Bergaduh hanya melibatkan mulut dan penumbuk saja.
Dulu.
Ingatkan dunia ni ada tiga kerja jak. Guru, doktor dan jurutera.
Sekarang.
Memang sangat banyak. Menyusahkan aku ja kalau list down semua pekerjaan yang ada di dunia ni.
Dulu.
Menyanyi kuat-kuat orang akan senyum dan cubit-cubit pipi aku.
Sekarang.
Menyanyi kuat-kuat orang akan marah dan tampar-tampar pipi.
Dulu.
Muka takda jerawat. Yang ada parut-parut eksiden buatan sendiri ja.
Sekarang.
Muka penuh jerawat dan parut-parut yang sewaktu dengannya.
Dulu.
Tak pakai tudung. Muka aku yang bulat jelas kelihatan. Orang nampak ja terus cubit pipi. =='''
Sekarang.
Pakai tudung. Muka still bulat. Lebih-lebih lagi kalau pakai selendang. Walaupun jumlah orang yang mencubit pipi kurang, tapi aku masih menjadi mangsa. =='''
Dulu.
Nak jadi Blossom PowerPuff Girl. Kalau tak pun nak jadi Barbie.
Sekarang.
Nak jadi Rebecca Black.
Dulu.
Benda yang paling di ingini di dunia ialah aiskrim, aiskrim, aiskrim.
Sekarang.
Benda yang paling di ingini di dunia ialah duit, duit, duit.....dan Brendon Urie.
Dulu.
Muat baju adik.
Sekarang.
Muat....kalau dikoyakkan belah kiri dan kanan.
3 comments:
Nak jadi rebecca black jugak xD
@Daus, xbleh!! Ur a kid... not qualified..
what the fush?
Post a Comment